Terkadang
aku terfikir kenapa hidup ini terlalu menyakitkan dan terlalu perit untuk aku
telan masalah, kesakitan, kelukaan, pergumulan dan bermacam2 lagi perasaan yang
bercampur sebelum aku Berjaya sampai ke destinasi terakhir ku. Hidup ini umpama
roda yang berputar. Kadang kala kita akan berada diatas, ada ada ketikanya kita
akan berada dibawah. Yang pasti, semua orang akan melalui detik itu. Aku juga
pernah berada diatas. Ya memang benar, jika seseorang itu berada diatas, mereka
akan lupa asal usul mereka. Mereka juga akan memandang rendah orang. Dan
perasaan yang mereka rasakan saat itu adalah, bahagia, gembira dan menganggap
bahawa dunia ini adalah milik mereka. Ternyata mereka silap dan mereka lupa
bahawa roda itu hanya berhenti diatas sementara waktu sahaja. Mereka lupa
bahawa, roda itu harus berputar kembali. Inilah orang katakana lumrah
kehidupan. Dikala kita berada diatas dan menikmati keindahan dunia ini, kita
jadi alpha dan lalai. Kita lupa bahawa semuanya MIlik yang DIATAS. Dia yang memberi
dan dia juga yang mengambil.
Aku
juga pernah melalui situasi begitu dulu dan aku juga merasakannya sekarang. Aku
tahu dan aku sedar yang aku ini banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi, kalau
aku memandang kelemahan dan kekurangan aku sebagai masalah, itu hanya akan
memudaratkan dan lebih melemahkan aku. Aku bersyukur yang Tuhan berbicara
kepada aku dengan pelbagai cara. YA TUHAN ITU PENUH DENGAN KEAJAIBAN. Dan aku
percaya, kalau aku tidak melewati duri2 itu dalam perjalanan aku untuk menuju
ke destinasi ku aku tidak akan dapat melihat keajaban Tuhan. Oleh duri itu lah
aku dikuatkan, dan kerana duri itu lah aku bertumbuh dan matang didalam
fikiran, hati dan lewat duri itu juga lah aku dikuatkan.
Mungkin
ada diantara ktia yang merasakan bahawa, Tuhan itu tidak adil dalam kehidupan
kita. Tetapi pernah kah kita terfikir
bahawa, kalau Tuhan itu tidak adil dalam kehidupan kita, kenapa DIA sanggup
turun ke dunia ini demi kita / anak2 Nya. Sebagai insan ciptaan Tuhan yang
indah, kita harus sedar dan terima semua duri2 yang akan kita hadapi sepanjang
perjalanan kita untuk menuju kedestinasi terakhir kita.
*** Apa yang terutama adalah dalam
kita melakukan segala sesuatu, letakkan Tuhan sebagai dasar dalam kehidupan
kita.
No comments:
Post a Comment