Thursday 10 April 2014

~ Siapa kita ? ~

 Ketika sedang mendengar sebuah lagu dan tangan ku ligat menaip "keyboard" laptop ku, fikiran ku melayang. Tiba2 semua kenangan silam saya menerpa masuk. Saya sering bertanya kepada diri sendiri, siapa aku sebenarnya. Kadang aku terfikir, kenapa aku lahir di dunia ini. Apakah ini kebetulan? Aku sering bertemu dengan orang2 yang selalu "mengomel" tentang kehidupannya. Mereka selalu mengeluh, hidup serba kekurangan. Ini tidak cukup, itu tidak cukup dan macam2 lagi.

Bagi aku secara peribadi, ya setiap orang bebas untuk berbica. namun kalau kita selalu mengeluh soal kehidupan ini, apa yang kita akan dapat dari keluhan kita itu? Apakah dengan kita mengeluh segala sesuatu akan berjalan lancar? Pernah kah kita terfikir bahawa, segala sesuatu yang terjadi itu ada hikmahnya? Ya mungkin bukan masanya apa yang kita doakan itu terjawab. Ingat posting saya sebelum ini tentang duri yang menguatkan? kita harus senantiasa berfikiran positif bahawa, segala sesuatu itu pasti indah tepat pada masa yang telah ditetapkan oleh yang maha KUASA TUHAN KITA.

Hidup ini ibarat roda yang berputar. Dan saya percaya semua orang pun tahu kalimat ini. Bila kita berfikiran positif dan kita memandang segala sesuatu dengan positif, saya percaya yang kita mampu untuk menghadapi segala sesuatu. 

Siapa kita? Kita adalah ciptaan Tuhan yang sempurna, indah dan cantik. Kita harus berbangga punya TUHAN yang maha pengasih, maha penyayang. Jgn pernah membanding-bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Sebab, setiap manusia memiliki kelebihan dan kekurang yang berbeza beza. Hargailah diri kita sendiri sebab kita memiliki keistimewaan sendiri.


*** Tanyalah diri kita sendiri soalan sama yang saya lemparkan utnuk diri saya sendiri. "SIAPA KITA"






















































~ DURI YANG MENGUATKAN ~

Terkadang aku terfikir kenapa hidup ini terlalu menyakitkan dan terlalu perit untuk aku telan masalah, kesakitan, kelukaan, pergumulan dan bermacam2 lagi perasaan yang bercampur sebelum aku Berjaya sampai ke destinasi terakhir ku. Hidup ini umpama roda yang berputar. Kadang kala kita akan berada diatas, ada ada ketikanya kita akan berada dibawah. Yang pasti, semua orang akan melalui detik itu. Aku juga pernah berada diatas. Ya memang benar, jika seseorang itu berada diatas, mereka akan lupa asal usul mereka. Mereka juga akan memandang rendah orang. Dan perasaan yang mereka rasakan saat itu adalah, bahagia, gembira dan menganggap bahawa dunia ini adalah milik mereka. Ternyata mereka silap dan mereka lupa bahawa roda itu hanya berhenti diatas sementara waktu sahaja. Mereka lupa bahawa, roda itu harus berputar kembali. Inilah orang katakana lumrah kehidupan. Dikala kita berada diatas dan menikmati keindahan dunia ini, kita jadi alpha dan lalai. Kita lupa bahawa semuanya MIlik yang DIATAS. Dia yang memberi dan dia juga yang mengambil.
                Aku juga pernah melalui situasi begitu dulu dan aku juga merasakannya sekarang. Aku tahu dan aku sedar yang aku ini banyak kelemahan dan kekurangan. Tapi, kalau aku memandang kelemahan dan kekurangan aku sebagai masalah, itu hanya akan memudaratkan dan lebih melemahkan aku. Aku bersyukur yang Tuhan berbicara kepada aku dengan pelbagai cara. YA TUHAN ITU PENUH DENGAN KEAJAIBAN. Dan aku percaya, kalau aku tidak melewati duri2 itu dalam perjalanan aku untuk menuju ke destinasi ku aku tidak akan dapat melihat keajaban Tuhan. Oleh duri itu lah aku dikuatkan, dan kerana duri itu lah aku bertumbuh dan matang didalam fikiran, hati dan lewat duri itu juga lah aku dikuatkan.
                Mungkin ada diantara ktia yang merasakan bahawa, Tuhan itu tidak adil dalam kehidupan kita.  Tetapi pernah kah kita terfikir bahawa, kalau Tuhan itu tidak adil dalam kehidupan kita, kenapa DIA sanggup turun ke dunia ini demi kita / anak2 Nya. Sebagai insan ciptaan Tuhan yang indah, kita harus sedar dan terima semua duri2 yang akan kita hadapi sepanjang perjalanan kita untuk menuju kedestinasi terakhir kita.


*** Apa yang terutama adalah dalam kita melakukan segala sesuatu, letakkan Tuhan sebagai dasar dalam kehidupan kita.